Tuesday, March 15, 2011

saya bukan penagih.

MY GIRLFRIEND IS A GUMIHO OST -I LOVE YOU FROM NOW ON- LEE SEUNG GI



i'm addicted to this song. First time dengar bila
jejak blog ecah
wah wah seronoknya dengar. Terus pegi youtube, dengar sampai naik pengsan.

Sekarang tengah key in data untuk product key ebook. 55 students x 5 product key = 275 key. Nak copy n paste pun kena tgk balik kot-kot salah. Jemu nya. Buat dulu setakat yang termampu oleh mata dan tangan. Sekarang dah tak mampu la ni, thats why boleh blogging.kahkahkah.

Semalam saya masak kari ikan, telur bungkus dan sambal sotong. dats simple one:) Paling kelakar bila wat telur bungkus, mak aih teruknya rupa telur dan langsung isi kat dalam tu tak berbungkus. Tapi rasa sedap woo~hahaha. SO far SO good, ada lah sikit kepandaian Alhamdulillah, boleh la bagi anak-anak makan. ececececeh..

need to go~ siapkan keje cepat-cepat.

Monday, March 14, 2011

Happy Birthday Ma

Selamat Hari Lahir Ma!!! Hari ni birthday my mom. Takde special present, beli slalo ma kata membazir. For this time, budget tak cukup so cadangnya nak masak je. But still tak tahu nak masak ape. Pagi tadi hantar ma pergi keje, salam-salam, sempat kiss pipi ma "selamat hari lahir ma..." Mak saya terperanjat 'eh, brape hb hari ni'.. ececeh, comel.

p/s: sangat jarang kiss pipi ma, sebab malu. hehe.

Apa lauk special nak masak er?Nanti lah google...

One more thing, Congrates to Lee Chong Wei coz menang piala All-England. Beliau slalu dikritik sbb slalo menang small tournament, but this time he defeated Lin Dan for a big one. yeay!

p/s: sebab badminton jugak lah saya merajuk.Happ

Sunday, March 13, 2011

13032011 bukan no ekor

Salam.

Hari pegi kerja macam biasa eh tipu, LEWAT SIKIT daripada biasa. Cuti sekolah dah start, so kuranglah ebook nak diselenggara. Cuma kemaskini fail je kasi lengkap sikit. Hari ni lesen dah mati, pegi sambung lesen kat pejabat pos sahaja dan pegi cuci gambar. Petang sat gi pegi amik. Dah lama sangat dah, nenda-in-law nak tengok, dan saya pulak taknak dibebeli lg oleh superman lagi.hehe:)

Esok birthday ma saya. Tak tahu nak masak ape untuk ma. Plan nak buat mee kari. Plan nak buat tiramisu cake, tapi tak sempat dh ni. Yang pasti i'll give my lovely kisses to my mom tomorrow morning. InsyaAllah, kalau saya tak malu.kihkihkih.

happy bithday, mom!!! in advanced..hehe..

Thursday, March 10, 2011

999 help!

.

Seorang gadis A sedang dalam dilema. Harus atau tidak? Nak decide which way nak settle down life pun keliru sebab hanya ada dua pilihan. Jejaka A memberi pilihan yang pro n kontra, which is jika gadis A memilih HARUS, mereka terpaksa mengorbankan perasaan mereka sendiri. Jika Gadis A memilih TIDAK, gadis A mungkin tidak merasa apa-apa, sebab itu mungkin hanya sampingan. Tiada yang lebih bermakna buat gadis A melainkan berada di samping keluarga dan Jejaka A.

Gadis A dalam dilema ke? Bukankah sudah terang lagi bersuluh, keputusan telah ada di tangan gadis A?

gadis A memang entah apa apa entah, saya yang menulis pun dah KELIRU.

Wednesday, March 9, 2011

Rain Sad Tango MV

Sad Tango~



ingat time kat Uni dulu. Gila sangat ngan Rain, tak pasal-pasal berebut dgn roomate kununnya Rain tu teman istimewa. Siap berangan lagi! Childish betul.

Ingat pulak berangan dengan Syed Mudzaffar. Keh keh keh. Tak ada keje berfaedah langsung! Patutlah tak pandai sangat time kat Uni, banyak berangan!

Semua kaki BERANGAN.