Thursday, February 10, 2011

Taylor Swift- You Belong With Me (With Lyrics) + HQ

stressfull!

When we getting bored....

.......what we choose to do?

Entahlah...seseorang bilang, saya kena ada hobi untuk mengelakkan rasa bosan. Adakah seperti membaca novel, menonton television, menjahit? Saya lebih suka memilih outdoor activities seperti berenang, menunggang kuda, memanjat pokok serta memburu serangga.HAHAHA


Hari ini seharian saya berfikir. Lately saya selalu muhasabah diri tatkala saya duduk sorang-sorang, nak nak tengah driving. Aih, tgh drive pun boleh muhasabah diri. Sangat tak patut. Dari tadi saya berada di lab, saya asyik berfikir tentang diri sendiri. Rasa nak tergelak bila pikir balik tentang apa yang pernah saya buat, apa yang pernah saya cakap. kelakar. Saya gemar berfikir tentang diri saya tetapi akhirnya saya seolah-olah orang yang kehilangan akal sebab pemikiran saya terlalu kompleks. Kadang-kadang saya terlalu berfikir apa yang akan jadi and expect more can happen if i do this and that. Nak nak pulak semuanya yang negatif.HAHAHA.

Sumpah saya rindu zaman belajar di uni dulu. Time tu saya hanya ada satu komitmen. BELAJAR. pandai tak pandai belakang cerita. Sangat berbeza dengan dunia saya sekarang. Dulu, saya bukan macam sekarang.

eemm.. tu lah, bila dah bosan mulalah saya mengutuk diri sendiri.

sayonara, time to pick up my sisters from school.

Tuesday, February 8, 2011

Never Too Old to Party~

HAPPY BIRTHDAY
A YOUNG MAN..!!

Hari ni birthday superman saya yang ke-28.
Happy Birthday!

Surprise is waiting for you my dear!~
lalalalala.


Monday, February 7, 2011

sikap

Sudah sampai satu tahap yang saya benar-benar bosan dengan sikap saya. HAHAHA. Kebiasaannya orang akan bosan dengan sikap orang lain, tapi sebaliknya terjadi pada diri saya. Sejak kebelakangan ini i always crying when missing someone-just one-, selalu terasa hati bila en.tunang bergurau pasal mahu pasang empat, even; sudah naik marah kalau en.tunang marah makan sotong, ketam, udang mahupun kacang.HAHAHA. i found it sooo childish. Sudah sedar tapi masih mahu tergedik-gedik mengada.

Kalau diimbaskan zaman dulu-dulu sebelum bercinta, saya seorang yang tegas, keras kepala, kuat semangat. Pendek kata, sikap-sikap kotoran degil semua ada pada diri saya. Saya bukan seorang yang mudah putus asa. Tapi sebaliknya bila dah terlebih kasih sayang, saya tiba-tiba bertukar identiti menjadi lebih sensitif. Saya juga mudah fikir negatif dan sudah pandai cemburu. Hahaha, sesuatu yang tak pernah saya lakukan.

Sekarang, i found it useless. Tiada faedah langsung. So, lets back to normal. Kenalah jadi serupa wanita matang, kelak akan berumah tangga kan kan kan. Sejak saya bergiat dalam dunia glamor facebook, i found my self lagi tak matang. Saya tahu, facebook bukan hanya untuk bersosial, sekarang nak chat pasal kerja pun guna facebook. Tapi setelah incident beberapa hari yang lepas, saya rasa satu kesedaran muncul dalam diri saya. Saya ambil keputusan bahawasanya saya nak deactivate akaun facebook saya. Saya tak tahu untuk selama-lamanya atau untuk satu satu tempoh. Tapi saya nekad tinggalkan dunia glamor saya ewah ewah bajet artis la woot woot. haha.

En.Tunang pernah tahu yang saya pernah kutuk beliau dalam blog saya sebelum kami rapat.hehe. Dia cakap kalau dari awal-awal lagi dia tahu, sudah lama saya pun turut dikutuk juga oleh beliau. Tak pasal-pasal guna BELIAU macam YB.who cares? Dia pernah kata, kenapa nak tulis dan cerita semua-semua dalam blog. Kalau tak puas hati dengan somebody, belum tentu lagi orang tu baca blog kita. Entahlah. Rasa lega bila menulis. Kadang-kadang paper can be a best listener rather than manusia yang hanya bermuka-muka. I dont say semua orang macam tu, tapi rata-ratanya macam tu.

Kini, saya hanya tumpukan dalam bidang blogging. Kalau rajin, saya update blog saya, kalau malas saya biarkan saja. Tak ada paksaan bukan. Taklah macam facebook, saya macam dipaksa-paksa untuk tengok aiseh padahal iman sindri yang tak kuat termakan hasutan satan!hahaha. Amboi amboi kau dah pandai nak kutuk fb eh.

Oraitla, i shud go. babai.:-)

Sunday, February 6, 2011

25 things about me

25 things about me?

1- xmakan ayam kampung sbb ayam kampung slalu berkeliaran makan ntah ape-ape, xmakan daging kambing, sbb kambing. xmakan daging kerbau sbb ia adalah kerbau.

2- Suka budak-budak tapi suka jugak cari pasal dengan budak-budak.

3-Dulu kalau rindu seseorang, saya hanya buat tak tahu. Tapi sekarang akan menangis bila rindu.

4- Selalu buat dunno kalau ada org tegur pape pasal diri saya but then akan pikir balik, betul ke???

5- Mempunyai 2 prinsip. Yang pertama: takkan naik motor dengan sesape yang bukan mahram kecuali dalam keadaan yang sangat-sangat terpaksa. Kedua, siapa 1 st kuar dating dgn saya (berdua), saya akan pastikan dia jadi suami saya. haha.

6- Pernah bercita-cita nak bercinta dengan Farid Kamil.

7- Pernah diserang kera liar masa kat hostel, dan tertinggal roomate kat luar bilik.Kahkah.

8- Buat flying fox tanpa lock. Dah siap terbang baru tahu.

9- Saya hanya pernah bercinta 1x. Skandal banyak.haha tipu jer.

10- Pernah satu hari tak mandi tapi boleh pulak pegi melawat tempat2 menarik.

11- Suka snorkeling tapi tak tahu swimming.

12- Suka memasak. Cooking is my hobby rite now.

13- Anak sulung tapi manja.

14- Suka duduk rumah, kalau keluar pun dengan orang tertentu sahaja.

15- Tak suka mekap. Tak suka lipstik.

16- Suka bawak kereta laju-laju.

17- Suka dengar lagu sampai bosan.

18- Fobia tidur dalam gelap sorang-sorang.

19- Suka dengar lagu awal 90-an sejak menyukai seseorang 4 years ago.

20- Sangat glamor.hahahaha.

21-Jarang carik pasal, kalau start carik pasal, siapla anda.

22- Sedang mendengar lagu Shahir.

23- Rasanya seorang yang pendiam. Tapi kalau dah bercakap dgn seseorang yang rasa selesa, i can't stop.

24- i love my family very much.

25- Hanya mencintai seorang lelaki asing dalam hidup. Dialah superman saya.

fuh letih!