Tuesday, December 14, 2010

sudah mampu tersenyum

ASSALAMUALAIKUM wbt.
Saya dah okay!
Glad to be with you.
Thanks to my parents, siblings, him and his family.
Alhamdulillah:)

Monday, December 13, 2010

8 petanda dia adalah Soulmate

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? So, apakah ada petanda lain agar seseorang dapat merasakan bahawa sidia jodoh (soulmate) kita atau bukan? JOM KITA LIHAT!!!!

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan, adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu..Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan² petanda di atas telah kamu temukan padanya?

credits to 1001 rahsia diri

Sunday, December 12, 2010

takde mood

takde mood kerja.
i need rest.. rest.. rest..

next week dah amik cuti 3 hari. jum cuti 5 hari. yeay!
settlekan apa yg tak settle sume minggu depan.

minggu depan datanglah!!!

Thursday, December 9, 2010

Thursday's update

Salam wbt..

Cepat je rasa minggu ni. Tup tup dah hari khamis. Semalam ada meeting di PPD, fuh sungguh sakit kepala..Cuti tahunan ada lebih kurang 10 hari lagi. Cadangnya, nak amik cuti next2 week. tapi taktau ambil cuti byk2 si approvekan ke tidak..hohoho..

Actually, banyak benda sangat dalam kepala ni. Tak tahu nak settle macam mane. Perasaan bercampur baur. Tapi nasib baik my mom n MrSuperman banyak membantu, at least kurang sikit rasa. Tak sangka bulan Dec dah nak habis n of course 2010. 2011? InsyaAllah 2011 permulaan yang positif dan bagus. Insyaallah.. Amin.

Saya tak sangka hari ini saya akan sampai tahap seperti hari ini. Saya bersyukur dengan kegembiraan yang Allah kurniakan kepada saya.

Alhamdulillah.

Monday, December 6, 2010

all stress out!

salam.
Mr Superman baru pulang dari GH ngan family dia. Keesookannya superman call n ajak kuar tgk movie ngan adik-adiknya. Terus pas hp kat my mom, biar dia ckp sendiri.
hahaha. seb baik cool, ma bg permission. Kuar jam 5 ptg, singgah rumah his mom jap
tgu adik2 nya bersiap then pegi nonton. best2 tgk Nyangkung. Ntah pape.
After mkn, solat2, then makan kat our fav place.
And i've got these:
Pachsmina


Chocholate


Thanks to my mom, Mr Superman, ma, adik n kak yun.
that was a great evening.