Wednesday, October 20, 2010

rupanya sakit.

rindu rindu rindu.
sampai mcm tak nak makan..

nak makan nak makan...
tapi malas..
pikir nasi pun mcm mls.ni kan nasi ade depan mata...

baru tahu rindu tu sakit.
ni ada hati nak eksyen lagi.

poodah aimi!!

aduh, lama giler tak update!

Salam.

Aktiviti minggu ni amatlah penuh n padat. Ebook banyak kena service. Tempat pulak sempit, kurang selesa la buat kerja. Bilik ada tapi sunyi pula kalo duk sorang-sorang. Biarlah bersempit sikit di ofis asalkan ada bunyi sikit. Riuh rendah. Budak-budak sekarang memanglah dah advance, pandai diorang mengalahkan kita. Betul lah cakap PPD, diorang ni jenis berani mencuba. Kita yang dah tua ni asyik2 takut. takut rosak lah ape ke bagai.

Minggu depan saya ke Langkawi selama 4 hari. Makcik saya dah pesan suruh beli macam-macam. mcm mana nak bawak balik kalau banyak-banyak nih.hehe. Mungkin trip ke Langkawi adalah trip last untuk tahun nih. Lepas ni tak berpeluang la nak pegi jenjalan lagi. So, buat trip plan untuk tahun 2011 ok??? Sememangnya, rindu sangat nak pegi pulau lagi. Ni pun dah masuk plan 2011, InsyaAllah.2011??? Aih!!! 2010 pun dah semput nak habis. Tamatlah segala episod suka duka 2010. Rasa macam baru je tulis azam baru 2010, ni dah nak akhir tahun pulak..

Lunch tadi, saya hanya amik betik. tak de selera nak mkn nasi ke ape. Selera makan kurang ke? tapi kalau kuar dating, banyak je makan. huhu. apakah? ni pun sedang berkira-kira nak kuar ke tidak mlm ni. ke nak masak je ikan kembung sweet sour+ telur dadar pun dah cukup kenyang. Masak banyak2 makan satu lauk je pun.hahaha. Ni bukan malas okey, tapi takut membazir. Seriously, rindu sampai nak nangis. sama seperti saya rasa mcm nak nangis dengar lagu Maher Zain.Syahdu~

Ok lah, nak buat kerja dulu. Nanti talking2 lagi. daaa~

Wednesday, October 6, 2010

One less lonely girl

salam..

Abaikan tajuk!Poodah..

Rasa macam dah lama tak update sebarang cerita di sini. Bukan tiada benda yang nak diceritakan, banyak, tapi bila bukak je terus blank. Dah tak aktif macam dulu. Kalau duluade je masa free@ line internet, cepat2 mahu update. Tapi sekarang? Apa sudah jadi? Time heals everything. Life sekarang bukan macam life dulu. Boleh bersukaria dan bergembira sepanjang masa. Mungkin boleh bergembira tapi cara yang berbeza. Matang sikit kot.hehe.

Sekarang, mungkin saya dah takde masa nak hang out ngan kengkawan. Lagi pun saya ni jenis malas sikit nak berhuhahuha, lebih baik duduk kat rumah. Kalau keluar pun dengan bff merangkap 'bs' saya. Dan mungkin bersama rakan-rakan beliau. Hahaha, tak lama lagi mesti masuk persatuan rakan-rakan suami.kahkahkah. Setiap orang pun akan melaluinya, saya pun insyaAllah tak terkecuali. Uih, kahwin pun blom, dah ckp pasal kahwin. Nampak sangat gatal! yucks! Lupakan.haha.

Ma cakap dah boleh prepare sikit-sikit apa yang patut. Saya pun terfikir begitu juge. Bukan ape tak mahu berserabut dan berserabai di kemudian hari. Preparations tu kan penting. So, saya dah mula berfikir lah sekarang ini. Aduh, kerja ini bukan kerja mudah. Tapi, insyaAllah semuanya akan okey.

And now, feel more better than a few months ago. Syukur sangat!

Mood->in love sangat2.

daaa~

Thursday, September 30, 2010

banyaknye kena pikir

Adus. Bila duk sorang-sorang, mula lah berfikir macam-macam. Banyaknye kena pikir. banyak pula benda kena settle..
Kalau boleh nak settle benda-benda nih sume tanpa susahkan sesape. Tak mahu susah kan parents. tulun tulun..!!!! Aih, kena further discussion lagi nih..

Tulun tulun superman!!!!

Sunday, September 26, 2010

point

1. Saya makan pagi jam 11.00 pagi hari ni. Makan mee soto. Sejak sebulan dua nih, makan je kerjanya. Nampak gaya saya kena berbuat sesuatu untuk mengekalkan berat badan yang ideal. Padahal berat ideal 50 kg, tapi gatal nak maintain 48kg.

2. Nak apply cuti, tapi asyik tertangguh saja. Cuti tak semestinya nak kemana-mana. Saja just nak rehat je kat rumah. Bosan-bosan saya kuar dating.haha.

3. Hari ni pegi service aircond. manyak pitis habis wooo~

4. Deeply miss him, but i never told him..