Saturday, June 12, 2010

Lalai

Takut sangat kalau saya jadi tersesat dan lalai kepadaNya. Tak habis habis mengingatkan diri, istighfar selalu taku lalai dgn suruhanNya. Saya tak mau jadi hambaNya yang lalai. Nauzubillah. Semoga segala kenikmatan yang saya dapat hari ini tidak melalaikan saya.

Amin.

Wednesday, June 9, 2010

demi kamu ubat

Semalam sedang tgu nak masuk toilet, one new message;

superman: A'kum, sy dah beli ubat untuk awk.
me: ooh yeke. Mekasih2 neh.
superman: Jap g saya g antor neh. Awk try dulu mcm mane.
me:hah? hntr kt rmh ke?
superman: yelah, takkan saya nak pos pulok.
me: ok.
superman: O.K, pas smyg sy g.

*gambar hiasan*
Then, superman pun datanglah bwk dua botol ubat RESDUNG..!!! Thanks for the medical treats..hehe.

Dear Superman,

Kalo en superman bagi smarties, lagi saya suka.. Saya segan nak mkn ubat. bukan saya takot, cuma segan je.. segan je okey.


p/s: lepas ni tak tau la ape pulak Cik Superman-immediate-action pulak. Sabo jelah.

Tuesday, June 8, 2010

hati

in love ke?

bukan. ini bukan luv luv ♥.

bff can't be a lover.. fullstop.

*dia & saya*

we are bff

Thursday, June 3, 2010

Lumrah

Benar, sudah lumrah setiap makhluk manusia sukakan kecantikan dan keindahan. Kita memang suka tgk pada benda-benda yang cantik, cute dan menyejukkan mata. Ada ke orang sebaliknya? Takde kot. Sume orang suka pada kecantikan, bagaimana cantik tu terpulanglah kepada individu tu sendiri. Ada benda yang kita tengok hodoh, tapi bagi orang tertentu ia kelihatan cantik. So it depends own how we interpreate it.

Saya sendiri sukakan pada kecantikan. Suka lihat benda yang mendamaikan. Saya nak story satu cerita yang terjadi pada diri saya sendiri. Saya mengalami masalah parut di muka. Memang susah nak hilang dan kalau waktu panas tu memang nampak la sebab muka kita berpeluh kan. Waktu segar selepas kita mandi atau cuci muka atau waktu malam, tak de nampak sangat. Dulu, kulit muka saya sangatlah teruk sehingga makcik pun ckp mcm2. Masa tu memang rasa down sangat. Nak bergaul pun rasa mak aih punyelah segan sebab sume orang cantik, sedangkan saya kurang cantik.hehe.

Alhamdulillah, sekarang kuranglah sikit kecacatan pada wajah, tapi still ada. Saya tak pernah di tegur oleh rakan rakan. Maybe diorang takut saya terasa hati. Secara jujurnya, memanglah terdetik sedikit bila di tegur. Mungkin rasa marah sebab orang tegur depan2. Dalam hati pernah jugak terdetik 'aku tahulah...!' Bila start bekerja, saya rasa semangat sikit sbb rakan rakan kat kerja sama ada lelaki atau perempuan tak memandang rupa sebagai ukuran. Tapi tak tahulah dalam hati diorang kan.hihi. Pernah sorang kakak tu cakap 'alah, kalo muka cantik, perangai hodoh buat ape'.. So dari situ saya tak lah terasa down sangat. Er bukanlah bermaksud perangai saya ni comel sangat.hehe. Nway, masing2 ada keunikan dan kelebihan yang membuatkan org selesa berdampingan.

Pecah rekod, akhirnya ada juga yang berani menegur. Seorang lelaki yang menegur saya. Tapi dia menegur saya melalui perbualan telefon kami. Dia cakap "muka tu, jagalah sikit. Pakailah fair & lovely ke. Teruk sangat nampak." Pada mulanya saya rasa macam 'arghhhh!!!', tapi saya tahu dia jujur menegur saya. Dalam hati, saya selalu membandingkan diri saya dengan seseorang. Dia cantik, saya hodoh. Dia lawa, saya tak. Dia ni, saya itu. Sampai saya rasa mahu menangis. Dalam hati saya cakap semua lelaki sama. Saya sampai mengadu kat adik saya. Adik saya cakap, ala semua lelaki memang macam tu. Saya rasa low of self confidence bila dia cakap macam tu. Sampai hati dia cakap macam tu. Tapi bila pikir balik, betul juga.

Suatu hari, Si lelaki itu pun menegur la saya. Katanya muka saya dah semakin elok. Dia tanya pakai ape? Saya cakap saya amik air sembahyang je..kahkahkah. geram jugak. Memang dia tak pernah membandingkan saya dengan sesiapa, tapi saya yang akan membandingkan diri saya dengan seseorang. Siapa seseorang tu? haha tak payah cakap.

Nak cakap kat sini, siapa yang tak nak cantik. Perlu ke usaha keras dicanang seluruh kampung. "Hello semua, saya dah pakai ni. Meh tengok ramai2 nanti kulit muka saya akan jadi cantik tak macam amber chia?" Psikologi namanya ini.

huh! Nanti lah saya dah cantik, saya canang seluruh Malaysia.

Eh taknak lah. Bongkak pula nanti.Tsk.

Saya sedaya upaya berfikir positif. Dia menegur saya mungkin ada sebabnya. Memang dah lumrah, kalau kita ditegur berkaitan dengan fizikal diri, kita akan rasa sedih. Tapi tak pulak kita rasa sedih kalau org tegur baju yang kita pakai tu tak cantik!

Terima kasih kamu!
tata.

Wednesday, June 2, 2010

good mood

salam.
hi there..
semalam my best buddy ajak pg kuar pegi makan.
dalam 8 lebih dia dtg amik kat rumah.tq2
haha. dapat bonus la kunun kan 6.5 juta.kahkah☺
Thanks thanks thanks.
Next month blanja lagi sampai lah saya boleh jadi gemuk.
huargh...
so kena blanja banyak kali..
haha, padahal saya dah ada trick tak nak jadik gemuk gedebab.
but honestly, i feel good when i spent time with you..
feel better..urhm♥~

*gambar hiasan*