Wednesday, May 12, 2010

entry tentang EXPRO

*Inilah hasil kerja yang paling buruk*

Hari ni merupakan last day for East Coast Sports Carnival.Dan malam ni we have our closing ceremony at KGRP.Alhamdulillah, hampir dua bulan saya menimba ilmu dalam bidang ni. Tadi dah ckp ngan En Ambok-bos saya- pasal job baru.
Bos: Better offer ke?
Me: yup.
Bos:Emm, kalo better offer baik pegi je.. kat sini pun bla bla bla....
Me: Baiklah

But, honestly, rasa macam sayang nak tinggal SRC. Bila imbas balik dulu saya banyak nangis, meraung2 pagi2 tak nak pegi keje (karut nih), nightmare mlm2 sbb keje, convener2 game yang sweet dan baik2, saya rasa super sayang nak tinggalkan team nih. Tapi saya rasa diorang mesti suruh saya blah cepat2 sbb saya tak reti buat keje, cengeng plak tuh...haha.YEKE?
Daripada pengamatan saya, terutama bila saya pegi tgk Skuasy dan volleyball, diorang ada semangat grouping yang amat amat kuat. Biarpun ada yang tak mencapai kemenangan, saya terasa sayu bila tgk semangat antara kumpulan tu. Tambah lagi dgn adanya pasukan cheer lagi lah saya rasa haru. Contohnya, bila saya tgk Skuasy tempoh hari. Saya rasa nak nangis je bila tgk Ooi Zhon Wei kalah. Saya tahu dia mendukung harapan EXPRO untuk menang. Then, bila last person main, pun tak dapat score, kuar dari court and say "SORRY GUYS", rasa sangat sayu. Saya tahu mereka dah buat yang terbaik. Kalah menang tu rezeki lah..
Sebelum ni, suratkhabar bahagian belakang (SUKAN) langsung saya skip. Sebab saya rasa dunia mereka yang bergelar atlet jauh dari dunia saya. Saya bukan benci, tapi saya tak minat dan saya selalu pelik knpa org suka sukan. Tapi bila bos bagi peluang untuk saya join SRC nih, saya dah dapat rasa, kalau tgk berita pasal badminton, volleyball, skuasy, langsung tak jadi masalah. Dlm hati berkata 'oh, my field'..
Alhamdulillah, saya diberi nikmat rasa sayang kepada SRC. Saya rasa terhutang budi pada Kak Zura yang banyak bagi tunjuk ajar. Saya tak tahu lah Kak Zura fed up ke tak bagi tunjuk ajar kat saya.hehe. Thank You so much Kak... luv u!

Dan nak wish thanks juga pada bos, panjang, Fallah (takut tgk dia), Kus, Hasbi (tolong sy buat memo) dan ramai lagi.... sedih ni sedih...

Nway, guys, this is not farewell entry... ade lagi pas ni..hahaha

daaaaa~

Tuesday, May 11, 2010

restu ibu dan ayah.. terbaek


Please...Please... Bagilah me time for blogging.. wakaka... Tadi terima panggilan form TESDEC... Then, this coming Sunday is 'my session'. Alhamdulillah... Rasa hiba pulak nak tinggal company sekarang nih. But kena fikir masa depan juga... Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah....
Ini hadiah Hari Ibu dan my coming birthday... Terima Kasih ma n abah atas doa dan restu...

Wednesday, May 5, 2010

f.a.c.e.b.o.o.k


kenapa ada perasaan begini. Jeles dan cemburu, bukan dengki. Inilah penangan facebook. Ye ke salah facebook? Tapi kalau bukan facebook, mesti saya tak ada perasaan begini. Argh.. Tak suka.
Facebook ooh facebook...

Saya nak jadik kura kura yang takut guruh la. duduk dalam cengkerang sekejap. Atau pun nak batalkan saje futsal next week sbb perasaan cemburu nih? Macam tak leh nak berhadapan la pulak. Uish, takkan la sebab nila setitik, nak rosakkan susu sebelanga.

Monday, May 3, 2010

Apa reaksi anda?

Apa reaksi anda jika seseorang memanggil anda kak jika anda memang lagi muda daripadanya?
Bengang, marah, suka, tertanya-tanya? Kadang kadang saya rasa geram kalau ada orang memanggil saya kak apatah lagi memang terang terang dia lagi tua dari saya. Tapi kadang2 saya rasa selamat. Dalam erti kata lain, tak de kes pembulian berlaku..

Dulu setiap kali orang memanggil saya kak terutama yang memanggil adalah makhluk hensem mesti saya rasa nak marah. Dalam hati oii, saya lagi muda la..! Bergantung kepada situasi saya pada ketika tu la. Kadang kadang bila orang panggil saya kak saya rasa best yang amat. Saya mula lah eksyen kunun2 saya lah kakak.. haha. Terukkan perangai. Sungguh tidak mencapai tahap kewarasan akal.

On other side, saya berfikir adakah saya nampak tua, matang? Erhm, susahlah. cet, statement gedik semacam.

Kalau la ada orang panggil anda, dik! Sedangkan terang terang anda lagi tua daripadanya, apa reaksi anda? Malu malu, bangga? haha. Mesti anda akan cakap cet berlagak tua la tu. Kalau saya tak mahu lah cakap macam tu. xbaik. hehe.Saya akan cakap mcm nih wow, aku nampak muda siuut...haha. Tak salah nak perasan sekali dan sekala.

Sebenarnya, kita harus memahami keadaan org yang mahu memanggil kita kak, dik dan sebagainya. Sebenarnya mereka pun teragak agak nak panggil. Cuba kita meletakkan diri kita dalam situasi mereka. Urhm, dalam otak kita mesti tengah berfikir fikir nak panggil kak ke adik. Itu kes perempuan. Tapi kalao kes lelaki, macam mane pulak gayenya?

mesti antara abang, adik atau pakcik. Kalau ketinggian orang tu melebihi ketinggian saya, for sure saya panggil abang. Kalau kecik sikit, saya panggil lah adik. Dan mesti lah pakcik, untuk mereka yang tua. Lelaki ni tak kisah kalo kita panggil apa pun, perempuan ni emosional lah sikit macam saya. Panggil kak adik pun nak jadi isu..kan kan?? haha.

sekian lah, nak balik. Membahas kat rumah pulak. :-)

Ouch!

Bau yang tidak enak!

Yuck! Bau peluh mereka-mereka yang bermain ping pong.. Tidak enak! haha.
Ok, teruskan menulis entry. Lagi 28 hari, Iman genap satu tahun. Iman bukan anak saya, tapi anak saudara saya.hehe.. Sekarang ni saya duk menghintung hari bila iman nak boleh jalan. Saya jaga dia start on 1st day dia lahir, masa tu kecik je muka, tangan, kurus je. Lebih kurus daripada saya sekarang. Sekarang dah debab..
Jom kita tgk gambar2 iman... Scroll it down.


~2@3 months

~5@6 months

now~11 bulan

well well, i love him more than i love my self. It gives me strength whenever i feel down. Sekarang dia dah mula nak mengekori ke mane saja aunty auntynye pegi... Setiap pagi before pergi keje terpaksa la saya kena bawak dia round kete dulu. Ouch!

Peliknya, iman jadi pasif dengan orang yang dia jarang jumpa. Aktifnya menjadi bila dengan mereka mereka yang dia kerap jumpa. Love you iman! so much..

xoxo
cikya yang comot.