Tuesday, October 23, 2012

10 Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang




Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang? Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang yang saya kongsikan di bawah.





•Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

•Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

•Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.

•Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.

•Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

•Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

•Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

•Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

•Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

•Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

Melayukini.net - Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.

p/s: tadi mak mertua saya accompany nenek ke klinik untuk rawatan. Doctor suspect kemungkinan buah pinggang nenek gagal berfungsi. that's why i'm doing a short research about dis.

Monday, October 22, 2012

love to be a mother :)

my dream is that every woman, every where, will know the joy of a safe, satisfying  for both baby and herself - one she'll no need to forget.

Alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik. Last week, saya muntah-muntah, terus lembik. Bila dah muntah teruk sgt, ma suruh pergi klinik dan dapat MC. Nasib baik malam tu suami ada, beliau la yang bersusah payah menengok saya yang dah terbongkang atas katil.

dalam 3 hari jugak, saya xsihat. sampai satu tahap, perut menegang sampai saya pun cakap kat suami 'abang, dah nak beranak ke ni?' haha. koya sangat awok ni cik puan aimi.

baby is soo active before this. tapi bila dah tak sihat tu, pergerakan baby slow sikit. mungkin mengerti mommy nya tengah sakit.hee.

tak sabar nak tgu 7 months, nak beli barang baby. Tapi buat masa sekarang, jom pergi cari baju mengandung sbb baju kurung dah tak sesuuuuaaai sangat nak dipakai okey. Ma pesan, wanita pregnant, kena pakai cantik-cantik, nanti baru anak jadi bersemangat.hehehe.

tak sabarnya nak bergelar ibu. husband dah tanya nak deliver kat mana, so i decide to deliver my baby soon di Pakar Perubatan MUIP je. kalau dulu dikenali klinik al-farabi. lagipun my aunt cakap service lagi bagus dari KMC, dah la mahal. Walaupun ING cover, tapi still we want the best kan. takkan la nak pilih yang mahal tapi service bad kan. emm, pape pun semuanya perancangan. Actually beranak kat mana-mana pun saya tak kisah, orang kata kat mana sempat la.heheheh..

what shud i do since masa semakin hampir ye? Pembacaan yang gemilang, of course. jom google website yang bermanfaat dan berilmiah sket:p

sekian.wslm.

Wednesday, October 10, 2012

my little sweet beans:)

it's 5 months already. Syukur alhamdulillah. tinggal 4 bulan je lagi. Rasa lambatnya masa berlalu. Baby sekarang sangat aktif, menendang perut mommy nya. Bila masuk makanan, bila tidur mengiring, bila solat, terasa bayi menendang-nendang.

Dulu, selalu tertanya-tanya macam mana baby tendang dalam perut. Boleh ke saya tersedar kalau baby tendang sebab segala impact memang lambat datang kepada saya. tak pun saya abaikan je:p Tapi sekarang baru dapat tau, ooo rupanya inilah gaya dan rasa bila bab tendang perut. Teruja.

Semalam pergi klinik. Sesaja nak tengok si kecil:) Sebenarnya kami teruja nak tahu gender bayi:))) Baby sangat aktif, susah jugak doktor nak tengok, tapi akhirnya dapat jugak.hehe.. jeng jeng jeng.. Saya rilek je sebab saya tak kisah sangat boy or girl asalkan sihat walafiat. Tapi husband excited gila-gila. Dalam kereta asyik ulang ulang sebut 'baby ...... '. hehe. i'm so happy to see his smiling face. Alhamdulillah.

Tapi part yang tak bestnya, berat saya naik mendadak. Sekarang dah 57 kg, memang tidak patut berat saya mcm ni. Tapi badan saya kecik je, takde gemuk gedempol. Huhu. The problem is, boleh ke turunkan berat badan ni atau pendek kata diet sedangkan selera makan membuak buak. haish.

hmm rasa tak percaya akan menjadi ibu. Kalau dulu asyik monyok je bila period datang, sekarang tak lagi. rezeki Allah nak bagi kan, akan tiba bila-bila masa dikehendakiNya. kita tak boleh nak sangkal. Allah bagi, alhamdulillah. Tak bagi, usaha lagi, minta lagi. Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya.

i am sooo excited to be a mommy. Nanti nak beli barang-barang baby since dah masuk bulan ke tujuh insy.  Sekarang masih awal. Tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan saya ketika ini. i'm happy mom to be. Dulu, baca blog orang pasal pregnancy, sekarang dapat menulis sendiri pasal pregnancy.

Saya selalu tanya mak saya, sakit tak nak beranak. Ma saya mesti ckp 'emm, ramai yang mati kat kubur tu sbb beranak laa..' when my mom mention ayat tu, maknanya takla sakit mana, jgn takut. Sakit tu datang bila contraction, nak kumpul air ketuban banyak2 kot. entah tak tahu sangat. Bila dah jalan terbuka, hanya push saja, masa tu terpikir nak keluarkan baby je. Dan automatik sakit hilang bila baby dah keluar.

emmm... insy, saya pun akan merasa keadaan yang sama mcm mak saya nak beranakkan saya dulu.

oklah, dah banyak sgt tulis. penat la jari montel ni. daaaaa~



Saturday, September 22, 2012

happy 1st anniversary

Alhamdulillah, genap setahun kami menjadi suami isteri yang sah. Semoga ikatan suci ini sentiasa dilimpahi rahmat dan dipanjangkan jodoh kami hingga syurga.

love you so much, abg.
xoxo.

Thursday, September 20, 2012

didikan yang bagaimana?

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya saya agak runsing akhir-akhir ini. rungsing memikirkan kehidupan bila ada anak nanti i mean, dalam soal mendidik anak. takut sangat kalau tak mampu nak didik anak dengan cara yang sepatutnya.

Rakan sejawat yang rata-ratanya pangkat kakak-kakak sering kali bercerita mengenai anak-anak masing-masing yang bermacam-macam ragam. gerun pulak saya. Mengandung 9 bulan 40 hari satu pengalaman yang bermakna dan penuh dengan cabaran. Tiba pula saat melahirkan, berpantang. semuanya ada tempoh tertentu. Bila dah habis temoh tu, fuh boleh menarik nafas lega. Tapi bagaimana pula nak didik anak nanti?
Saya tak rasa tempoh mendidik anak selesai bila anak berumah tangga, walhal sepanjang hayat dikandung badan.

saya sendiri telah berumah tangga, tapi ma saya masih mendidik saya menjadi seorang isteri yang baik untuk suami. tak boleh buat itu, kena buat ini. Tidakkah ibu berperanan disitu? cuma  mungkin berkurang sikit sbb tanggungjawab suda berganti ke tangan suami.

saat baby berada di dalam rahim saya, saya berfikir bagaimana saya mendidik anak ini nanti? husband dan saya kerja, cukupkah masa kami untuk anak? insy, tidak ada apa yang akan kurang. Since anak masih bayi, nak pergi kerja kenalah tinggal kat rumah pengasuh. Bila dah besar sikit, nak hantar pergi sekolah, for sure lah kena pilih sekolah yang betul-betul ada pengisian yang seimbang.

i wish one day i will be a fulltime housewife, insy bila dah stabil sikit. :)

Saya bukan takut sebab tak mampu mendidik anak, tapi takut tersasar dari yang sepatutnya.Saya takut saya lebih manjakan anak. Tapi saya yakin dengan kemampuan suami dalam mendidik. Beliau sedikit tegas, lihat sajalah beliau dengan adik-adiknya, semua gerun.

Orang kata, emosi ibu ketika mengandung mempengaruhi bayi di dalam kandungan. eem takut saya, yela, saya bukannya perfect, ada ketika rasa nak marah dan sebagainya kan. moga-moga perangai yang buruk tu tak berjangkit pada baby. nauzubillah.

usia kandungan dah menjejak 18 bulan. 2 weeks to go dah masuk 5 bulan. kejapnye, tup tup nanti dah nak bersalin. gerun jugak kalau dengar cerita orang nak bersalin ni. em kalau duk pikir cmtu, tak terberanaklah saya kan kan.haha. Semoga dipermudahkan segala urusan, insyaallah.

saya pernah tanya suami 'abang, happy dok nak dapat baby?'

'happy la syg.'
'happy yang macam mana?'
'happy yang macam dapat hadiah, tapi hadiah tu memang tu satu je, takde dah kat dunia ni'..
'ooo. cenggitu'

saya tanya lagi,

'abg sayang syg?'
'sayangla.'
'habis tu nanti ada baby?'
'ada baby, laaagi abang syg syg'

terharunya, rasa nak melompat atas katil time tu jugak. naseb pregnant, tak boleh nak melompat.

Indah la pulak bila dah berkahwin, nanti nak ada anak.hmm. Semoga hubungan kami berkekalan hingga syurga, dilindungi Allah sentiasa. Ameen.

p/s: lagi dua hari genap setahun perkahwinan kami. lorr, sekejap je...

Tuesday, September 4, 2012

alhamdulillah dah masuk bulan keempat

Alhamdulillah, dah masuk 4 bulan pregnant. Syukur.

nak tanya pasal perasaan menimang cahaya mata sulung? of course teruja lebih lebih lagi husband. tiap- tiap malam asyik nak duk dengar baby buat ape dalam perut, pastu husband cakap-cakap dan gelak-gelak. kelakar pulak. husband pun cakap nanti kena beli buai, katil baby, semua tu lah. Before suami cakap macam tu saya terfikir pulak pasal buai dan katil baby sebab tak plan pun nak letak baby dalam tu. biarlah baby tido dengan kite:p

Bila dah pregnant, kekadang lupa yang saya sebenarnya sedang pregnant. Kadang-kadang kalau nak cepat, saya berlari tapi takdelah berlari pecut 100 meter tu. kadang-kadang lupa tempat licin dan pernah juga beberapa kali nak tergelincir. Turun tangga pun laju semacam, naik tangga of course la perlahan sebab tak larat nak naik laju-laju hihi.

Alhamdulillah, saya mengalami episod alahan yang sekejap. dalam sebulan lebih. masa tu Allah je yang tahu macam mana perasaan saya. tengok itu taknak makan, pikir nasi rasa loya, langsung jarang masak. Kena pulak bulan ramadhan, lagi lah haru mn nak dapat tenaga kalau tak makan ye dakk. Nak harapkan kurma, itu pun kadang-kadang dibuangnya balik. aduhai. Sekarang pulak, selera makan menjadi-jadi. takut jugak obesiti kang naya.hoho.berat badan pun dah naik. peliknya, bila pregnant, saya jadi susah hati bila berat badan menurun, mungkin takut effect baby.

satu keburukan saya ialah culas makan ubat. tak boleh ke harapkan makanan berkhasiat yang kita makan, hoh berkhasiat la sangat. rajin minum susu (tu pun dah tukar, dulu ambik anmum original, skrg dah anmum coklat), amalkan makan delima, jambu batu (sangat okey untuk hb, lagi okey dari kerang/hati). errr apa lagi ye? haha. toksoh nak culas2 la, makan je ubat, kesian baby. kelak, mommy terlebih zat, baby kurang zat pulak. jom mlam ni start balik.

moof pun dah stabil balik. husband pun tak perlu risau lagi pasal mood swing isterinya.

baju kurung semakin tak selesa untuk dipakai. dulu masa belajar, size baju L, dah kerja S, dah pregnant L balik kot. my belly dah semakin menggemuk, ni start usha n beli kain nak buat ala-ala jubah. senang sikit, selesa pun selesa, takde la susah sangat nak bernafas. Pelik jugak sebab baru 4 bulan, tapi perut dah besar. tapi orang cakap perut ni ada dua jenis, ada yang mudah nampak ada yang tak nampak. maybe im one of the type cepat nampak kot.

Bila complain kat husband 'abg, perut syg besar'. husband mesti cakap 'eii, nak cakap tak cerdik kang kecik hati, biasala, ada baby dalam perut sayang tu.'

'entah-entah kembar kot abg.'
'laa, hari tu kan kita pegi scan kan nampak satu je'
'ha ah.ye tak ye'

lemau sungguh saya.hahaha. tapi suami mesti cakap macam ni 'ehhhh, dah besar perut syg'..melebar senyum. pelik ah.

Apa-apa pun, saya enjoy berada dalam fasa ini. oh oh oh, im pregnant woman and soon to be a mother. Syukur.

Sunday, August 26, 2012

tawar air boleh tambah gula, tawar hati mau bikin macam mana?

Salam Aidilfitri.

Cepatnya Ramadhan meninggalkan kita. Puasa tahun ini saya diuji dengan alahan, ya Rabbi hanya tuhan yang tahu. Pertama kali bangun awal pagi untuk siapkan makanan bersahur, siapkan makanan untuk berbuka walopun kadang-kadang beli je sebab tak larat. tapi kira sediakan juga la kan.hihi.

Tahun ni saya raya di rumah family sebelah suami. Kelengkapan 100% memang kena sediakan. Tahun ni raya bagi saya sangat horrible disebabkan perangai pihak tertentu yang spoilkan semangat raya. tapi takpe, Allah itu satu, tiada dua tiga. Lambat laun kebenaran akan muncul juga.

..............................................................

Adalah so bad berdepan dengan pihak yang tak reti nak berterima kasih pada orang lain, tidak pernah bersyukur dengan apa yang dikurniakan di depan mata dan tak reti-reti nak merungut itu ini kononya perfect sangat.

Jenis saya memang kalau tak boleh nak ngam, saya akan senyap dan bercakap bila perlu. memang akan obvious kalau saya tak suka atau tension dengan seseorang. terus terang i can't stand anymore with the person, perangainya amat menyakitkan hati.

Semoga Allah berikan saya hidayah supaya tidak terus berperasaan begini.

tapi hal ini buatkan saya tawar hati.

tawar air boleh tambah gula, tawar hati mau bikin macam mana?

Thursday, August 9, 2012

teladan dan tauladan

semalam saya tidur awal. selepas migrain satu hari, kepala otak dah rasa sebu dan penuh bagai nak pecah. sabar je lah.

balik rumah, ada pula dugaan menanti. memang dugaan. nak senang bukannya mudah kan. disebabkan itu lah, saya kagum dengan sikap suami yang sangat penyabar dan tidak pernah merungut. Malah selalu bagi saya nasihat dan tegur mana yang tak kena. syukran atas nikmat ini ya Allah.

"syg bangga ada suami mcm abang" kata saya selepas sahur pagi tadi. husband tanya kenapa, saya diam je. takperlu lah nak cakap, tapi cukup la dia tahu saya berbangga ada suami macam beliau.

"abg pun bangga ada isteri mcm syg." huhu. sayu nye hati tak terkata.

betul la org kata. perkahwinan itu banyak hikmahnya. tak kira wktu senang atau waktu susah. kadang-kadang saya mengeluh juga tapi suami banyak ingatkan saya supaya jangan mengeluh. suami banyak mengajar saya tentang hidup, tentang tanggungjawab. semakin banyak saya persoalkan, semakin bernas jawapan yang diberikan suami sampai saya tak mampu menolak kesahihannya.

apa yang saya lakukan untuk husband belum cukup untuk menyamai apa yang husband lakukan untuk saya.

amanat dan harapan suami, insyaallah saya akan tunaikan sebaik mungkin tanda cinta saya kepada nya.

Suami yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai bagi seorang isteri.

love you abang.

Tuesday, August 7, 2012

...

Suami adalah orang yang terapat selepas emak:) dan kini suami mendahului carta segala-galanya.

Alkisah dua hari lepas. mood saya bulan puasa tambahan tengah pregnant adalah sangat tidak menentu. Ada saja yang tak kena dan tertekan sebab tak dapat makan banyak.hihi. Saya juga kerap buat perangai sebab tension dengan keadaan rumah. rupanya husband perasan sangat sangat perubahan sikap isteri.

Suami menegur suatu malam kepada si isteri. Subhanallah, sangat berhemah tutur kata husband. sampai saya yang keras hati boleh jadi lembut hati. Yelah, hati perempuan ibarat kerak nasi. Atas beberapa kes, husband mintak saya cuba beralah. "Asyik syg je yang kena beralah". Terkeluar jugak sebijik dari mulut saya. "Tak pelah, kali ni sayang cuba beralah. Macam abg selalu beralah dengan sayang." Huhu.

Saya akui, sejak getting pregnant, husband banyak beralah  dengan saya. Taknak masak, OK. Taknak kemas rumah, OK. Nak makan itu, OK. Nak pergi situ, OK. haha. Nak marah-marah, OK tak kena marah balik.hehe. Pembawakan budak.

Syukur, suami menegur. Adakalanya, kita tersedar tapi malas nak ubah sebab rasa orang tak perasan kita buat salah. So, let it go. Biar mood sendiri jadi okey. Tapi bila dipikirkan balik, selagi kita tak ubah, sampai bila-bila pun keadaan still sama.

Syukur, Alhamdulillah. Saya berharap saya istiqamah kali ini.:) Semua demi husband.

Kandungan baru menjengah usia 11 minggu. Next week dah masuk12 minggu bersamaan 3 bulan. cepatnya. Dan minggu depan ada appoinment pula. husband kerap letak telinga kat perut saya dan cakap-cakap dengan baby. sweet. Bila perut berbunyi dikatakan baby bergerak.haha.kelakar sungguh. tak de nak rasanya baby bergerak2 sekarang, tapi time scan hari tu, dah nampak baby bergerak. active sungguh kalahkan ibunya.

Semalam saya masak mee rebus untuk berbuka. Husband puji sedap. Sebenarnya, husband tak suka mee sangat, maksudnya mee berkuah. Laksa-laksa tu tolak tepi la, same goes to me. tapi kalau makan dengan sup, still saya suka asalkan pedas.

omg, berat saya dah turun sekilo. Actually, situasi sekarang saya amat tidak gemar kalau berat saya turun. seolah-olah saya tak sihat. saya try untuk makan banyak, tapi at a same time im getting afraid kot2 nanti nak vomit balik. mindset mindset.

saya teringin nak minum air kelapa muda since 4 months ago. Since 4 months ago jugaklah, saya berpantang minum air kelapa, husband tak bagi sobsob. Dua tiga hari lepas, terliur tengok air kelapa kat rumah mak mertua. "Ma, kakngah boleh minum x air nyior?" tanya pada emak. "Boleh, takde pape." apa lagi minum la. tapi sikit je pun. boleh dalam seteguk. jadila. hari ni nak request husband belikan air kelapa. teringin nak minum.

Bercerita tentang persiapan raya, raya tahun ni biasa-biasa je. Baju raya suami dah siap semua. baju raya saya, NIL. blom beli lagi. tapi still ada beberapa helai baju yang belum dipakai lagi. Tahun ni raya kat rumah mertua, jadi kena prepare kuah kacang, satay dan sebagainya.hmmm....

k lah, nak buat kerja lain pulak. daaa~

Tuesday, July 31, 2012

emosi yang menggila

Salam.

Serabut kepala bagai. i wish i could stand patiently. Terus terang keadaan sekeliling buat saya begini. Memang environmental issue. saya berharap keadaan saya yang lemah begini, saya dapat stay dalam keadaan yang tenang, tapi sebaliknya.

Hanya Allah yang tahu perasaan saya sekarang. Betapa ketidakbolehan saya menerima keadaan itu. Rasa seakan mahu menangis sebab diri tak cukup kuat terima dugaan Allah kasi.sob sob.

Saya simply to get mad kalau rumah bersepah, dapur tunggang langgang, kain tak berbasuh dan berjemur, argh. Masalah kalau duduk sebumbung tapi tak reti reti nak agih kerja. Mak ni balik kul 4.30 dr kerja, sampai rumah dekat2 pukul 5. Kalau rumah bersepah, pinggan mangkuk tak clear lagi, mak ambik masa at least 30 minit nak clear. Tu belum tengok mak muntah tengok sisa makanan yang basi ke ape kan, campur ler situ masa dihabiskan untuk muntah.

Pastu mak nak masak lagi. mak bukan chef masak laju giler. Katakan ler mak tak masak, mak beli je. Senang mudah kerja, balik kerja terus guling. mak kan pemaisuri.hoh.

Hidup saya memang senang dipengaruhi oleh emosi. Emosi sekarang tengah menggila, sebab tu saya asyik nak jadi singa. Pantang nampak apa yang tak kena mula nak melenting marah.

sori la emo kat sini sebab tahu takde siapa baca.

Sunday, July 29, 2012

entah ler nak letak tajuk apa?

Last thursday, pergi jumpa Dr Aiani untuk scan. Husband pick up dari rumah ma terus ke klinik.

Kami sedikit suspen dengan soalan doc.hihi. Berdebar-debar nak scan, harap2 takde apa-apa. Bila dah nampak gambaran rahim, saya terus tanya doc "mana nyer doc?"

"sabar..sabar, nanti la dr tunjuk".. Langsung tak sabar.

"Haa ini dia nampak tak? ni kepala nya, kaki kanan, kaki kiri, tangan kanan, tangan kiri. Tengok-tengok dah start tendang-tendang lagi ha. Ni jantung nya berdegup." terang Dr. Aiani, excited. Saya terdiam, ye lah macam tak percaya. it's in my tummy. Husband tersenyum-senyum. Suka tengok husband tersenyum:)

Tapi sayang printer kat klinik rosak, jadi suami snap je gambar.

otw dalam perjalanan balik, suami tak putus-putus duk senyum sorang-sorang dalam kete. Dia cakap "baru rasa confirm".hihi. Dan tak habis-habis gosok perut saya.haha. kelakar la awak, abang.

It's a long time to go. Doc cakap my EDD is on 25/2/2013 tapi depends on ukuran baby jugak, nanti checkup lagi mungkin EDD akan berubah lagi. Takpe, yang penting semua selamat. Masih terlalu jauh lagi perjalanan kami. Tempoh alahan pun tak berakhir lagi. Berat badan saya dah turun dari 53.2 kg ke 51.8 kg. Mungkin sebab puasa.

Satu lagi masalah, saya tak tahu apa makanan yang sesuai untuk diri saya. Means, asalkan berselera dan tak muntah. Setiap kali rasa mual, saya akan cari asam/ jeruk. Hari tu sempat pergi cari buah mangga dan mintak mak mertua buatkan jeruk. Memang tak bagus untuk kandungan, tapi entahlah.huhu. Takpe kot jeruk buatan sendiri sebab tak campur pengawet.

Sekarang mual lagi. Sahur tadi makan 3 biji kurma dan segelas air sebab nasi goreng tok buat tak sedap.huhu. Very picky one.heheheh.



Wednesday, July 25, 2012

what about now?

Salam Ramadhan:)

Alhamdulillah, masuk hari ni dah lima hari kita berpuasa. Saya pun masih berpuasa walaupun bermacam-macam cabaran sepanjang tempoh ini. Syukran Ya Allah.

Masuk hari ke-5 puasa, baru saya dapat makan nasi ketika sahur. Sebelum ni, hanya makan kurma atau cococrunch atau pisang je. Langsung takde selera nak makan nasi. Husband ada tanya ''syg rasa boleh cukup x puasa tahun ni?'' Emmm saya rasa insyaAllah dapat berpuasa penuh. Tapi bila dah buka puasa dah macam nak collapse. tak larat. Hanya dua malam je saya pergi tarawikh, tu pun suami dah bimbang takut tak mampu.

Cerita pasal alahan. Dasyat. Saya langsung tak boleh bau asap rokok. Sangat busuk. Kadang-kadang bau husband pun saya tak boleh bau sangat. Bau ridsect lagi tak boleh. Rasa macam nak muntah kat situ jugak.

Satu hal lagi, saya tak boleh makan kat rumah saya sekarang ni. Apa jenis alahan entah. Bila saya terpikirkan nasi, mee goreng, nasi goreng saya rasa macam nak muntah. Tengok cili boh pun nak muntah dan jemu habis-habisan. Kalau kat rumah mak saya atau mertua boleh pulak saya makan. pelik. sedih juga keadaan diri mcm ni.

Disebabkan keadaan saya yang ketara, saya minta izin suami untuk balik rumah mak selama seminggu. Alhamdulillah, saya boleh makan seperti biasa walaupun tak berselera mana, tapi cukuplah sekadar boleh makan. Kalau tak kesian yang dalam perut ni.sob sob sob.

Sekarang usia kandungan dah mencecah 10 weeks.

husband ajak pergi scan. Dulu dah scan sekali tapi tak nampak apa cuma rahim nampak membengkak je. Doc cakap ler, tapi tak tahu pulak keadaan rahim before tu camne.hihi. InsyaAllah next week pergi scan dan tengok rupa kat dalam ni.hihi. can't wait.

Ni saya copy paste during 10 weeks pregnancy. Check it out.

How your baby's growing:

Baby, fetus at 10 weeks - BabyCenter

this is what we called kumquat.

Though he's barely the size of a kumquat — a little over an inch or so long, crown to bottom — and weighs less than a quarter of an ounce, your baby has now completed the most critical portion of his development. This is the beginning of the so-called fetal period, a time when the tissues and organs in his body rapidly grow and mature.
He's swallowing fluid and kicking up a storm. Vital organs — including his kidneys, intestines, brain, and liver (now making red blood cells in place of the disappearing yolk sac) — are in place and starting to function, though they'll continue to develop throughout your pregnancy.
If you could take a peek inside your womb, you'd spot minute details, like tiny nails forming on fingers and toes (no more webbing) and peach-fuzz hair beginning to grow on tender skin.
In other developments: Your baby's limbs can bend now. His hands are flexed at the wrist and meet over his heart, and his feet may be long enough to meet in front of his body. The outline of his spine is clearly visible through translucent skin, and spinal nerves are beginning to stretch out from his spinal cord. Your baby's forehead temporarily bulges with his developing brain and sits very high on his head, which measures half the length of his body. From crown to rump, he's about 1 1/4 inches long. In the coming weeks, your baby will again double in size — to nearly 3 inches.

Monday, July 16, 2012

update sikit

am not feeling well today. Batuk dan selsema.

Pagi-pagi buta tadi dah muntah hijau. Bukan keluar makanan sangat pun tapi seolah-olah syarat setiap pagi. Kadang-kadang menyeksakan tapi ini dugaan pregnant. Redha jelah. Pagi-pagi takde selera makan sangat. Muka pun toya semacam lesu dan tak bermaya. Tapi bila dah masuk tengahari dah okey sikit.

Tapi dalam satu hari tetap boleh bilang makan banyak mana. Tak makan vitamin untuk selera makan sbb doctor cakap it cause sembelit. Dah ler susu pun kurang minum. Loya.

Alhamdulillah have a husband yang pandai masak.

Bila saya cakap tak larat nak masuk dapur masak, husband mesti cakap 'syg cakap je ape nak makan, abg masak'. Bab masak memang saya tabik spring kat husband. Kalau nak masak kari ikan tenggiri, asam pedas ikan merah, sweet sour, sambal tumis petai, husband lah orangnya.

Untung jugak ada suami pandai masak.

Sebabnya, saya akan jadi pandai masak sebab ikut selera husband. Demand tinggi kalau hal makanan. But i don't mind tapi time sihat lah.hehe.

btw, dah pukul 5. need to go back.

babai.

Thursday, July 12, 2012

harapan setinggi gunung.

Salam.

Semalam saya tak boleh tidur. Suami kena masuk kerja petang tapi tak stay sampai pagi. Jam 2 pagi dah balik. Saya stay tengok tv macam macam cerita nengok last last tertidur tapi terjaga balik sebab dengar enjin kereta suami. Borak-borak dengan suami kejap, tanya suami dah makan ke belum n tengok tv kejap. Terang benderang pulak mata tapi since pukul berapa dah terlelap.

Fenomenanya begini;

Sudah terlelap, tapi bila terjaga seolah-olah tak tidur sangat, orang kata tidur-tidur ayam. Sampai satu tahap saya rasa ayam lebih lena tidur dari saya. Tidur, terjaga, tidur balik, bunyi ayam berkokok tapi tutup mata sebab taknak tengok jam berapa. for sure dah masuk pagi. Matilah kalau tak dapat tidur jugak.

Alhamdulillah saya terjaga balik 6.15 am, tapi sempat sambung tidur balik sekejap.hihihi. Bangun, mandi dan muntah. Morning sickness lagi. Muntah pahit.

Memang kalau ofis tu syarikat sendiri, mahu cuti alahan sebulan, nasib baik bukan kalau tak bankrap.

Awal pagi dah breakfast karipap 4 biji, masih lapar. Pergi canteen, makan kuih, at last tengok nasi best, ambik sesenduk, makan. habis licin tapi tak lama kemudian muntahkan balik. sedihnya. Memang tak boleh makan nasi.sobsob.

Keadaan begini menyukarkan saya fokus pada kerja. Tambahan, rasa mengantuk sebab malam tadi tak dapat tidur.nak buat macam mana. Dengan harapan cepatlah masa berlalu, biar cepat2 kul 1 nak pergi baring dan tidur sekejap.

Dengan harapan yang tak pernah pudar dan setinggi gunung. Cepatlah masa berlalu:)

Wednesday, July 11, 2012

Salam.

Hari ni dah masuk kerja setelah dua hari mc. Terkena dek alahan yang begitu tak selesa, annoying bak kata orang putih tapi as my mom said, dah nak buat macam mana, mmg takde ubat untuk alahan. sabar jelah. Tapi kadangkala itulah, kesabaran tu kadang-kadang teruji.

Day 1 mc, langsung tak boleh nak bangun. Tapi kena paksa diri bangun untuk makan. The most hate part is vomiting after take a meal. Lepas muntah terus tak bermaya dan baring balik. Suami pulak kerja malam, im almost like want to cry. Nak sediakan makanan untuk diri sendiri pun macam entah apa-apa. Nasib baik suami tolong buatkan nasi bubur untuk dimakan. Bubur nasi, mee soup, itu jelah yang mampu ditelan dan tak dimuntahkan balik. Even biskut kering pun akan menemui nasib yang sama*dimuntahkan balik*.

Day 2: Dah okey sikit tapi masih lagi tak bermaya. Bangun makan hanya sebab nak isi perut, dan bukannya ikut selera nak makan sangat. Nanti kesian baby.sobsob. Makan biskut dan cereal, dan of course muntah balik. Pesan kat suami belikan mee soto tapi suami lambat habis meeting. 3.00 petang baru makan.sobsob.
Dah sms suami 'lambat lagi ke abg balik?' 'otw', lega sikit dengar. Kunyah kunyah kismis nak hilangkan lapar sementara menunggu mee soto. Suami balik terus makan macam orang tak dapat makanan 3 hari:p. As i said before, bila preggy, tahap kelaparan akan double double dan akan jadi tak tentu hala kalau lapar. Pelik kan? kenapa jadi macam tu? Bila dah masuk malam dah okey sikit of course sebab dapat baring, dah boleh mengaji balik dan boleh main game dengan husband. Teringat game 'jom kita lawan mata, mata sape lambat kedip'. *teringat muka romantik suami, hahaha kunun la.* haruslah sedikit romantik bila mata bertemu mata ye dak?

Hopefully, cepat-cepatlah berlalu episod alahan ini. Saya tak sabar menjadi seorang yang berselera makan kembali. Kesian suami.

Tak larat. nak rehat jap.

Sunday, July 8, 2012

Zon ini telah bermula & kisah parti

Salam.


Alhamdulillah, syukur atas rezeki semalam dan hari ini. Terkena lagi morning sickness pagi ini, haha. Memang tidak terkecuali. Memang dah masuk zon nya, nak buat macam mana. Kalau ingat tak larat pagi-pagi, mahu je MC. Muntah-muntah pagi tadi, suami ketuk pintu bilik air tanya okey ke tak. Tolong lurut-lurutkan leher dan picit kepala. Selesai mandi, siap-siap nak pergi kerja dan sebelum tu sempat breakfast dulu dengan suami. Tak masak, tumpang masak kat kedai. hehe.


Sejak masuk zon ini, saya rasa bersalah pada suami.  Kadang-kadang tak mampu nak sediakan bekal pagi-pagi. Kalau setakat goreng kuih segera tu bolehla, kalau saya rasa larat, saya paksa jugak gagahkan diri pagi-pagi bangun seawal 5.30 pagi untuk sediakan hidangan berat. Harap-harap suami faham:) Saya tak tahu nak kategorikan ini sebagai alahan atau tak.hehe. Sekarang dah rasa muak dan loya bila masuk dapur, rasa geli tengok ikan. Rasa nak muntah teringat sambal tumis. Dan paling tak tahan asyik nak melepek je atas katil. Sedih jugak kadang-kadang mengingatkan keadaan diri.


Cepat-cepatlah fasa ini berakhir. 


Dua hari lepas, saya berdebat hebat dengan pakcik saya. Pasal parti. Dia tersangat obvious, taksub parti sampai hubungan dengan pencipta pun kaitkan dengan parti. Saya bukan arif sangat pasal parti, tapi saya tahu bezakan parti dengan amalan kita. Menurutnya, kalau tak sembahyang dan berkelakuan buruk, terang-terang parti A. Sebaliknya, parti B. Kenapalah orang seperti ini boleh berfikiran kolot seperti ini. Amal jariah dikaitkan dengan parti, tersangatlah tak masuk dek akal. 

Saya tak takut berdebat dengan beliau, sebab nampak sangat secara terang-terang fahaman beliau salah. Kononnya berada di landasan parti yang betul, tapi sayang tak tunjuk pun perangai yang betul. Fahaman tentang agama cetek, tapi nak bercakap soal agama. Mulalah salahkan parti kerajaan. what a nonsense. Tak guna layan orang seperti beliau. Kejumudan fikiran terlalu terserlah. Saya tak menyokong mana-mana bukanlah bereti saya atas pagar. Tapi kita haruslah berfikiran logik, tahu membezakan amalan kita dengan parti. Parti hanya pakaian kita, hubungan dengan tuhan, keperibadian hakiki kita. Jangan mudah meletakkan hukum bahawa yang jahil itu Umno, yang alim itu PAS.  Saya sangat tak setuju kalau pegangan ini yang kita pegang. Plus, dia cakap pulak dia sokong DAP. *(%##%!



Ini pertama kali, saya berani melawan pendapat beliau. Saya betulkan yang mana salah. Saya tak kutuk pun pasal parti, lagipun saya bukannya arif sangat.


Balik rumah, saya bagitahu suami. Suami menggiling-gilingkan kepala. Husband cakap, kalau dia berada di landasan yang betul, membawa identiti yang betul, apa salahnya tunjuk langkah yang baik contohnya, mengimarahkan masjid kampung instead of buat masjid sendiri yang mengumpulkan orang-orang sendiri. kan kan? Jadi itukan contoh yang baik yang dia telah tunjukkan kepada saya.? Hahaha, fikirkan lah, saya bukan mengutuk cuma cubalah terbukakan minda yang dengar sebelah pihak sahaja. Nak belajar ilmu, biarlah menyeluruh. 


Entah apa yang saya membebel. Tak baik asyik membebel je kan. Menurun kat anak suka membebel.hehe. Sebenarnya, mual masih terasa, nak buat camne erk? Huhuhu, kesian. 


Sekian, terima kasih:)







Sunday, June 17, 2012

Syukran Ya Allah.

Salam.

That's have a reason why i'm happy today. But let it be a secret first :)

Syukur alhamdulillah.

p/s: Tidur tersangat lena sampai bermimpi2.hehe.

Wednesday, June 13, 2012

Rugi RM2.50

salam.

mak lapar ni..ayoyoyo. Pagi tadi buatkan nasi lemak ayam buat suami untuk dibawa bekal bekerja. Jam 5.30 dah bangun, nasib baik sambal dah buat semalam, telur juga direbus. So bangun pagi hanya tanak nasi dan goreng ayam. Jam 6 pagi dah siap, terus baring balik selepas solat. wuwuwuwu.

Semalam paling best, kami berjalan-jalan kaki ke pasar malam:)

Suami adalah orang yang paling rapat dengan saya selepas ibu saya. Suami orang yang paling memahami saya sejak dulu lagi selepas ibu saya. Bila saya lihat wajah suami sedang tidur, saya rasa gembira dan terharu kerana menjadi surihati beliau. saya bersyukur mendapat suami seperti beliau. Semoga Allah panjangkan jodoh kami hingga ke syurga:) amin.

Tadi suami kol bertanyakan khabar baby beliau.hahaha. 'ada gerak tak hari ni?' Saya hanya tergelak. 'koya nyeeee abang....'

Dia lah suami saya. Pendamping saya diwaktu susah dan senang, penceria hati saya diwaktu saya sedang keluh resah dan rakan kongsi kegembiraan saya.

Sila jangan muntah.

xoxo.sekian.

p/s: saya dah muntahkan semangkuk mee kari pagi tadi. rugi rm2.50 haku.hahahaha. itulah tajuk di atas:p

Tuesday, June 12, 2012

it's me today.

salam.

Ok, sekarang ada setengah jam free free untuk saya sebelum pergi makan. Perut oh perut, sangat lapar ye ekau.. Semalam i masak nasi goreng ikan masin, ayam kentuky (suami tolong buatkan adunkan rempah buatan sendiri)+goreng popia dan karipap(untuk tetamu). Suami nak minum milo ais cepat-cepat cakap 'takde air batu' tapi kesian pulak then baru teringat dalam peti satu lagi ada ais.

Actually kawan-kawan, menurut entry sebelum ni, saya ada mention pasal penyakit malas saya. Saya tak tahu nak buat macam mana. Tak tahu kena sampuk dengan hantu jembalang mana that made me feel lazy to do this and that. Kalau melepek tu rajin lah. Pendek kata, badan rasa nak melepek je. atas lantai pun tak pe.

Suami tgk geleng kepala. aduhai isteriku. kena manderem ni.

ini saya petik dari blog paklongsifu.

Allohumma innii a’uudzubika minal hammi wal hazan wa a’uudzubika minal ’ajzi walkasai, wa a’uudzubika minal jubni wa bukhli, wa a’uudzu bika min gholabatid-daini wa qohrirrijaal.

“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemauan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kikir, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud 4/353)

 p/s: paklong kata, takde ubat untuk penyakit malas.
p/s/s: hihi. entah.takde mood. Semalam suami tanya 'nak berhenti kerja ke syg?'



Monday, June 11, 2012

i am lazy lady

salam.

Entah kenapa sejak dua tiga hari ini saya mengalami sindrom kemalasan dan sakit belakang. Duduk dalam kereta pun kena letak tangan kat belakang sebagai lapik pinggang. Balik rumah terus baring atas katil, sungguh terasa nikmatnya. Sindrom nak period agaknya. Masuk hari semalam, dah dua malam suami masak.hehehe. gara-gara penyakit malas. apa nak di kato cek kak weh, dah malas.

Pergi kerja pulak, jam kul 10 mula lah penyakit tu rancak datang balik. nak bercakap pun tak ada mood, kalau boleh nak cari sofa untuk baring-baring. Kalau waktu pagi, crowded sikit, bila masuk petang, lengang lah sikit jadi bolehlah berhat-rehat memalaskan diri lagi.hihi.

Kalau penyakit ni datang, rasa nak berenti kerja pun ada n rasa nak cari kerja separuh hari je. Separuh hari lagi boleh duk lepak2 kat rumah. see, how lazy i am. ish ish.

sekian, dah malas nak taip panjang-panjang.

xoxo.